Sunday, May 18, 2014

3rd Screening Night Review



Ini pertama kali saya menghadiri majlis anjuran pelajar Jabatan Pengajian Media UM. Screening Night ini merupakan suatu majlis yang bertujuan memaparkan hasil-hasil dan juga karya-karya para pelajar dari Jabatan Pengajian Media sepanjang tempoh satu tahun ini. Ini merupakan Screening Night kali ketiga yang dianjurkan semenjak pertama kali diadakan pada tahun 2012. Screening Night pada kali ini diadakan dia Hotel Armada, Petaling Jaya pada 17 Mei 2014. Ianya dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Media UM iaitu Prof Dr.Azizah Hamzah. Tema bagi Screening Night pada kali ini adalah Vintage & Bow-tie.


Majlis dihadiri lebih kurang 80 orang pelajar dan tetamu yang bukan sahaja terdiri daripada para pelajar Jabatan Pengajian Media tetapi juga pelajar-pelajar dari Fakulti lain yang mengambil kursus Elektif luar di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Media.

Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam dengan ketibaan tetamu yang diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Screening Night, Presiden Persatuan Pengajian Media UM dan juga ucapan perasmian daripada Prof. Dr Azizah Hamzah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tayangan 14 hasil kerja daripada 10 orang pengarah bagi tahun 2014. Karya-karya ini terdiri daripada Dokumentari, Mokumentari, Cerita Pendek, Iklan, PSA ataupun Public Service Announcement dan juga Berita. Daripada keseluruhan 14 buah tayangan ini, yang paling mencuri tumpuan semua hadirin adalah tayangan filem pendek Inspektor Petonah. Karya ini dilihat menarik kerana memaparkan unsur-unsur komedi serta ragam masyarakat di Malaysia. Selain itu, karya ini juga memaparkan banyak watak serta perwatakan yang berlainan bagi menghilangkan rasa bosan para penonton.

Sesudah tayangan karya, majlis diteruskan dengan makan malam yang diiringi dengan persembahan daripada para pelajar. Seterusnya, majlis ini diakhiri dengan penyampaian anugerah yang terdiri daripada Anugerah Props Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Kamera Terbaik, Anugerah Pengarah Terbaik dan juga Anugerah Produksi Terbaik.

Keseluruhannya, Screening Night ini merupakan suatu acara yang menarik terutama bagi pelajar yang datang dari fakulti berbeza bagi menikmati hasil-hasil karya para pelajar. Selain itu, ia juga memupuk interaksi dalam kalangan pelajar yang berlainan latar belakang bagi berkongsi pendapat dan idea bagi penambahbaikan karya-karya mereka.


1 comment:

  1. click here For Amazing Love Quotes
    http://houseofstatus.com

    ReplyDelete